Praktis Sumatif 12 (Soalan 1 – 5) – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 12


Soalan 1:
Bandingkan fungsi serebelum dengan medula oblongata.

Jawapan:
Serebelum berfungsi mengawal dan menyelaras pergerakan badan serta memelihara keseimbangan badan. Medula oblongata pula mengawal gerak balas yang tidak disedari seperti tindakan peristalsis.

Soalan 2:
Takrifkan tindakan refleks dan nyatakan kepentingannya.

Jawapan:
Tindakan refleks ditakrifkan sebagai satu gerak balas yang pantas dan automatik tanpa melibatkan pemikiran. Kebolehan melakukan tindakan refleks adalah penting kerana tindakan refleks dapat melindungi kita daripada keadaan berbahaya di samping dapat menjamin kemandirian kita dalam persekitaran yang sentiasa berubah.

Soalan 3:
Namakan kelenjar endokrin yang utama dalam sistem endokrin manusia. Mengapakah kelenjar ini dianggap sebagai kelenjar utama?

Jawapan:
Kelenjar endokrin utama ialah kelenjar pituitari kerana kelenjar ini merembeskan beberapa jenis hormon yang merangsang rembesan hormon oleh kelenjar endokrin yang lain.

Soalan 4:
Nyatakan kesan kelebihan dan kekurangan hormon pertumbuhan (GH) dalam manusia.

Jawapan:
Kesan kekurangan—kekerdilan.

Kesan kelebihan—kegergasian.

Soalan 5:
Rajah 1 menunjukkan keratan rentas sebahagian daripada sistem saraf.


(a) (i) Namakan struktur X.

(ii) Nyatakan fungsi struktur X.

(b) Mengapakah bahagian Y membengkak?

(c) Lengkapkan Rajah 1 dengan neuron yang terlibat dalam tindakan refleks. Tandakan arah pergerakan impuls pada neuron.

(d) Jika saraf spina dipotong pada Z, apakah kesan terhadap organ yang bersambung dengannya? Terangkan mengapa.


Jawapan:
(a)(i) Saraf tunjang.

(a)(ii) X mengandungi neuron untuk menghantar impuls dari dan ke otak.

(b) Sel badan neuron deria berkumpul dalam Y (ganglion akar dorsal).

(c)

(d) Jika saraf spina di Z dipotong, neuron motor tidak boleh membawa maklumat ke efektor (seperti otot dan kelenjar) dan efektor tidak dapat memberi respon terhadap arahan saraf tunjang.

Leave a Comment