Aktiviti 6.1:
Tujuan
Membuat pembelahan bunga, melukis dan melabel struktur bunga dan fungsinya
Bahan: Hibiscus sp.
Radas: Skalpel, kanta pembesar
Prosedur
1. Sediakan sekuntum bunga raya yang segar dan bersaiz besar.
2. Kenal pasti bahagian sepal, petal, stamen, karpel dan pedunkel.
3. Potong secara berhati-hati bunga tersebut dalam keratan membujur dari pedunkel hingga stigma dengan menggunakan skalpel.
4. Kenal pasti dan perhatikan struktur dalaman seperti stigma, stil serta ovari dengan menggunakan kanta pembesar.
5. Lukis keratan membujur bunga dan labelkan struktur sepal, petal, anter, filamen, stigma, stil serta ovari.
Perbincangan
1. Namakan
(a) organ pembiakan jantan
(b) organ pembiakan betina
2. Nyatakan satu ciri yang ada pada petal. Apakah kaitan ciri tersebut dengan fungsinya?
3. Terangkan kedudukan stamen pada bunga raya. Apakah kepentingan kedudukan itu?
Jawapan:
1. (a) Stamen (filamen dan anter)
1. (b) Karpel (stigma, stil, ovari)
2. Berwarna terang untuk menarik perhatian agen pendebungaan.
3. Kedudukan stamen berada di bawah stigma supaya debunga yang dibawa oleh agen pendebungaan yang jatuh daripada stamen melekat pada permukaan stigma.