Soalan 1:
Apakah dua komponen utama membran plasm
Jawapan:
Protein dan fosfolipid
Apakah dua komponen utama membran plasm
Jawapan:
Protein dan fosfolipid
Soalan 2:
Terangkan maksud model mozek bendalir.
Jawapan:
Model mozek bendalir merujuk kepada molekul protein terapung dalam dwilapisan fosfolipid membentuk satu corak mozek yang berubah-ubah.
Dwilapisan fosfolipid, protein dan kolesterol tidak statik tetapi membentuk satu struktur yang dinamik dan fleksibel.

Soalan 3:
Ramalkan apa yang akan berlaku kepada membran plasma sekiranya tiada kolesterol.
Jawapan:
Tanpa kolesterol, membran plasma akan menjadi terlalu bendalir pada suhu badan normal dan berkemungkinan meletus. Tanpa kolesterol, membran menjadi lebih telap terhadap bahan larut.

Soalan 4:
Terangkan peranan fosfolipid dan protein dalam menentukan sifat ketelapan membran plasma.
Jawapan:
Ciri molekul fosfolipid dan protein yang hanya membenarkan laluan beberapa jenis bahan tertentu membolehkan atau mengehadkan pergerakan bebas bahan tertentu merentasi membran plasma. Ciri ini menentukan sifat telap memilih membran plasma.