Praktis Formatif 7.1 – Biologi Tingkatan 5 (KSSM) Bab 7


Soalan 1:
Tumbuhan halofit merupakan tumbuhan yang hidup di kawasan paya. Terangkan dua ciri penyesuaian tumbuhan ini bagi meningkatkan kadar fotosintesis.

Jawapan:
Dua ciri penyesuaian tumbuhan halofit bagi meningkatkan kadar fotosintesis:

• Tumbuhan halofit mempunyai daun yang berkutikel tebal bagi mengurangkan kehilangan air berlebihan

• Sistem akar yang bercabang luas memastikan tumbuhan halofit kekal tegak di dalam tanah berlumpur dan memastikan tumbuhan mendapat keamatan cahaya yang maksimum

Soalan 2:
Sekumpulan murid mengkaji sebatang pokok. Berdasarkan pemerhatian mereka selama beberapa minggu, didapati daun pokok tersebut tumbuh di atas pokok dengan cepat dan memberi teduhan kepada batang pokok. Selain itu, terdapat duri pada daun dan batang pokok. Akarnya pula tumbuh berhampiran dengan permukaan tanah dan ada juga yang tumbuh jauh ke dalam tanah. Pada pendapat anda, apakah jenis tumbuhan ini? Sokong jawapan anda dengan fakta biologi.

Jawapan:
Tumbuhan xerofit. Daun tumbuh di bahagian atas pokok bagi memberi teduhan kepada batang agar kurang kehilangan air melalui penyejatan. Duri pada batang dan daun sebagai perlindungan supaya tiada haiwan menjadikannya sebagai makanan. Akar tumbuh jauh ke dalam tanah untuk mendapatkan bekalan air untuk keperluan hidup.

Leave a Comment