Soalan 6:
Gambar foto 1 menunjukkan aktiviti yang dilakukan oleh dua individu, P dan Q.

(a)(i) Berdasarkan Gambar foto 1, kenal pasti respirasi yang berlaku dalam otot individu P dan Q.
(a)(ii) Nyatakan hasil respirasi dalam P dan Q.
(b) Dalam acara larian pecut 100 meter di Hari Kejohanan Sukan, seorang murid telah mengalami kekejangan otot dan terpaksa menghentikan lariannya. Terangkan mengapa kekejangan otot boleh berlaku.
(c) Pokok padi ditanam di kawasan yang ditenggelami air dan mempunyai kebolehan bertoleransi dengan etanol berbanding dengan tumbuhan lain.
(i) Nyatakan jenis fermentasi yang berlaku dalam sel pokok padi.
(ii) Tuliskan persamaan perkataan bagi proses fermentasi yang berlaku dalam sel pokok padi.
(iii) Cadangkan satu sel lain yang boleh menjalankan proses fermentasi seperti dalam soalan c(ii).
Jawapan:
(a)(i)
P : Respirasi aerob
Q : Fermentasi
(a)(ii)
P : Karbon dioksida, air dan tenaga
Q : Asid laktik dan tenaga
(b)
Apabila seseorang berlari pecut, sel otot menjalankan fermentasi tanpa kehadiran oksigen untuk menghasilkan ATP. Otot menghasilkan asid laktik yang bertoksik. Asid laktik menyebabkan kekejangan kaki dan kesakitan pada otot.
(c)(i) Fermentasi alkohol
(c)(ii) Glukosa → Etanol + karbon dioksida + tenaga
(c)(iii) Yis

Soalan 7:
(a) Terangkan keperluan tenaga dalam proses metabolisme.
(b) Bandingkan respirasi aerob dengan fermentasi.
(c) Mikroorganisma seperti yis dan bakteria biasanya memainkan peranan penting dalam proses fermentasi untuk menghasilkan makanan. Terangkan mengapa dadih menjadi rosak sekiranya tidak disimpan dalam peti sejuk.
Jawapan:
(a)
• Untuk mengekalkan suhu badan pada suhu optimum iaitu 37 °C.
• Untuk pembahagian serta pertumbuhan dan perkembangan sel.
(b)
Persamaan:
• Kedua-duanya merupakan respirasi sel.
• Kedua-duanya berlaku di dalam sel haiwan dan tumbuhan.
• Kedua-duanya menghasilkan tenaga dalam bentuk ATP.
• Kedua-duanya menggunakan glukosa sebagai substrat utama.
Perbezaan:

(c) Gula dalam susu dioksidakan oleh bakteria seperti Lactobacillus dan Streptococcus menjadi asid laktik yang mengentalkan susu tersebut dan menghasilkan rasa masam sehinggalah terhasil dadih. Apabila disimpan di dalam peti sejuk, suhu rendah akan mengawal aktiviti bakteria lain daripada membiak dan merosakkan produk tersebut. Sekiranya, disimpan pada suhu bilik, dadih akan rosak kerana bakteria akan terus tumbuh dan pengoksidaan gula susu akan terus berlaku.