Soalan 8:
Sistem respirasi manusia dan belalang mempunyai struktur penyesuaian yang berlainan untuk memaksimumkan kadar pertukaran gas. Nyatakan persamaan dan perbezaan antara sistem respirasi manusia dengan sistem pernafasan belalang.
Jawapan:
Persamaan:
• Permukaan pernafasan adalah lembap untuk melarutkan oksigen untuk resapan.
• Permukaan respirasi adalah nipis supaya kadar resapan gas adalah cepat.
• Permukaan respirasi mempunyai nisbah jumlah luas permukaan kepada isi padu yang besar, yang membenarkan lebih banyak gas meresap melaluinya.
Perbezaan:

Soalan 9:
(a) Huraikan bagaimana udara dapat disedut masuk ke dalam peparu.
(b) Huraikan bagaimana satu molekul karbon dioksida diangkut dari sel badan ke alveolus untuk disingkirkan.
Jawapan:
(a)
• Udara disedut masuk apabila otot interkosta luar mengecut manakala otot interkosta dalam mengendur.
• Tindakan ini menyebabkan sangkar rusuk dinaikkan ke atas dan ke arah depan.
• Pada masa yang sama, otot diafragma mengecut, diafragma turun ke bawah dan menjadi mendatar.
• Isi padu rongga toraks bertambah manakala tekanan rongga toraks berkurang dan udara masuk ke dalam peparu kerana tekanan atmosfera yang lebih tinggi di luar.
(b)
• Tekanan separa CO2 yang tinggi dalam sel badan berbanding dengan tekanan separa CO2 dalam kapilari tisu menyebabkan CO2 meresap dari sel badan ke dalam plasma darah.
• Sebahagian kecil karbon dioksida dalam plasma adalah terlarut dan sebahagian lagi diangkut oleh hemoglobin.
• Kebanyakan karbon dioksida meresap ke dalam sel darah merah (eritrosit).
• Dalam eritrosit, karbon dioksida berpadu dengan air untuk membentuk asid karbonik (H2CO3).
• Asid karbonik (H2CO3) terurai kepada ion bikarbonat (HCO3–) dan ion hidrogen.
• HCO3– meresap ke dalam plasma darah dan diangkut ke peparu. Ion HCO3– bergabung semula dengan H+ untuk membentuk asid karbonik (H2CO3).
• Asid karbonik kemudiannya terurai menjadi karbon dioksida dan air.
• Tekanan separa CO2 yang tinggi dalam kapilari peparu dan rendah dalam udara alveolus menyebabkan CO2 meresap dari kapilari peparu ke alveolus dan seterusnya dihembus keluar.