Praktis Sumatif 9 (Soalan 8 & 9) – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 9

Soalan 8:Ubat dalam bentuk kapsul tidak diuraikan di dalam perut tetapi diserap dengan mudah oleh usus kecil. Apabila sampel darah pesakit diambil dan dianalisis, didapati bentuk struktur molekul ubat ini adalah berlainan daripada bentuk struktur molekul asalnya. Jelaskan mengapa. Jawapan:Ubat yang dimakan mungkin telah diubah suai oleh hati. Ubat yang telah diserap melalui usus kecil … Read more

Praktis Sumatif 9 (Soalan 7) – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 9

Soalan 7:(a) Terangkan mengapa pengambilan diet yang mempunyai kandungan lemak yang tinggi tidak baik untuk kesihatan.(b) Cadangkan jenis makanan yang sesuai untuk seseorang yang ingin mengurangkan berat badan dan mengurangkan risiko menghidap penyakit kardiovaskular. Terangkan jawapan anda.(c) Huraikan proses pencernaan, penyerapan dan asimilasi kanji dalam badan manusia. Jawapan:(a) Diet yang kaya dengan lemak adalah tidak … Read more

Praktis Sumatif 9 (Soalan 5 & 6) – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 9

Soalan 5:Huraikan proses-proses yang berlaku kepada molekul lemak bermula dari duodenum sehingga hasil akhirnya boleh digunakan oleh sel badan. Jawapan:• Pencernaan lipid bermula di duodenum.• Garam hempedu yang dihasilkan oleh hati mengemulsi lemak kepada titisan lipid.• Pankreas merembes jus pankreas yang mengandungi lipase ke dalam duodenum.• Lipase menghidrolisis titisan lipid kepada asid lemak dan gliserol.• … Read more

Praktis Sumatif 9 (Soalan 1 – 4) – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 9

Soalan 1:Sesetengah orang tidak boleh minum susu kerana akan menghadapi masalah cirit-birit dan kembung perut. Jelaskan keadaan ini. Jawapan:Jus usus individu tersebut berkemungkinan tidak mengandungi atau kekurangan enzim laktase yang boleh mencernakan gula susu (laktosa) dalam usus kecilnya. Akibatnya, bakteria yang terdapat di dalam usus besar akan mencernakan laktosa ini untuk menghasilkan asid lemak dan … Read more

Praktis Formatif 9.5 – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 9

Soalan 1:Pada pendapat anda, mengapakah serat penting dalam proses penyahtinjaan. Terangkan jawapan anda. Jawapan:Pengambilan gizi dengan kandungan serat yang tinggi dapat memudahkan pergerakan tinja dan seterusnya mengelakkan masalah kesihatan seperti sembelit, kanser kolon, kanser rektum dan hemoroid. Antara fungsi serat ialah merangsang peristalsis, menyerap dan menyingkirkan bahan toksik, mengawal atur penyerapan glukosa terutamanya bagi pesakit … Read more

Praktis Formatif 9.4 – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 9

Soalan 1:Nyatakan fungsi utama usus besar. Jawapan:Fungsi utama usus besar ialah penyerapan air dan vitamin serta pembentukan tinja. Soalan 2:Apakah bahan yang diserap di usus besar? Jawapan:Air, mineral, hasil sampingan metabolisme sesetengah bakteria seperti vitamin B, K dan asid folik. Soalan 3:Terangkan kepentingan penyerapan air dan vitamin dalam usus besar. Jawapan:Kepentingan penyerapan air dan vitamin:• … Read more

Praktis Formatif 9.3 – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 9

Soalan 1:Nyatakan maksud asimilasi. Jawapan:Asimilasi merujuk kepada penggunaan nutrien yang diserap untuk mensintesis sebatian kompleks. Soalan 2:Terangkan fungsi hati dalam proses asimilasi makanan tercerna. Jawapan:Fungsi hati dalam proses asimilasi:• Metabolisme karbohidrat.Glukosa dioksidakan untuk menghasilkan tenaga.Kebanyakan glukosa berlebihan ditukar kepada glikogen dan disimpan di dalam hati.• Metabolisme protein.Sel hati menggunakan asid amino untuk mensintesis protein plasma … Read more

Praktis Formatif 9.2 – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 9

Soalan 1:Nyatakan struktur utama untuk penyerapan hasil pencernaan. Jawapan:Struktur utama dalam penyerapan makanan ialah vilus. Soalan 2:Namakan struktur dalam vilus yang terlibat dalam pengangkutan nutrien berikut:(a) asid amino(b) vitamin A dan E Jawapan:(a) Kapilari darah(b) Lakteal Soalan 3:Terangkan penyesuaian usus kecil bagi menambahkan luas permukaan untuk penyerapan nutrien. Jawapan:Usus kecil panjang. Lapisan dalam usus kecil … Read more

Praktis Formatif 9.1 – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 9

Soalan 1:Nyatakan kepentingan proses pencernaan bagi manusia. Jawapan:Makanan yang dimakan oleh manusia adalah dalam bentuk molekul yang besar dan kompleks. Makanan ini perlu dicernakan kepada bentuk yang lebih kecil dan ringkas agar dapat diserap ke dalam salur darah dan dihantar ke sel-sel badan. Soalan 2:Namakan struktur yang terlibat dalam salur alimentari untuk pencernaan makanan Jawapan:Struktur … Read more