Aktiviti 9.4 – Biologi Tingkatan 5 (KSSM) Bab 9


Aktiviti 9.4:
Tujuan
Menjalankan kajian lapangan untuk menganggarkan saiz populasi haiwan

Radas
Berus cat, dakwat India atau pewarna kuku, pen, kertas

Prosedur
1. Pilih satu kawasan di persekitaran sekolah anda yang sesuai untuk menjalankan kajian.

2. Kenal pasti jenis haiwan yang banyak terdapat di kawasan tersebut untuk dijadikan sampel.

3. Tangkap lima sampel organisma (P) yang dipilih di kawasan kajian.

4. Tanda semua organisma yang ditangkap.

5. Lepaskan semua organisma yang telah ditanda (P) di kawasan yang sama, iaitu di kawasan organisma itu ditangkap sebelumnya.

6. Selepas beberapa hari, tangkap semula lima lagi sampel organisma (Q) di kawasan yang sama.

7. Rekodkan jumlah sampel yang bertanda dalam tangkapan kedua (R).

8. Anggarkan saiz populasi organisma dengan menggunakan formula:



Perbincangan
1. Apakah bahan yang anda gunakan untuk menandakan organisma yang ditangkap? Wajarkan bahan yang anda pilih.

2. Nyatakan interaksi yang berlaku antara organisma yang dikaji dengan komponen biosis dan abiosis di dalam kawasan tersebut.

3. Nyatakan keperluan asas yang membolehkan organisma yang dikaji menghuni kawasan tersebut.


Jawapan:
Pemerhatian:



Perbincangan
1. Cat kuku. Tidak menyakitkan organisma dan menyebabkan mati; berpindah ke tempat lain.

2.
Biosis: Makan serangga kecil; tumbuhan kecil berlindung daripada cahaya matahari.
Abiosis: Oksigen untuk bernafas; air mengekalkan kelembapan kulit; batu untuk bersembunyi.

3. Oksigen, makanan, air

Leave a Comment