Praktis Formatif 8.1 – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 8


Soalan 1:
Berikan dua ciri organisma yang tergolong dalam alam Fungi.

Jawapan:
Tidak mempunyai klorofil; mempunyai dinding sel yang diperbuat daripada kitin; menghasilkan spora; sel-sel kulat disusun membentuk bebenang halus disebut hifa.
(Mana-mana dua ciri organisma)

Soalan 2:
Bagaimanakah organisma dikelaskan menggunakan hierarki taksonomi?

Jawapan:
Organisma dalam sesuatu domain dibahagikan kepada alam dan alam dibahagikan kepada beberapa kumpulan disebut filum. Filum seterusnya dibahagikan kepada beberapa kelas, kelas dibahagi kepada beberapa order, order dibahagi kepada famili, famili dibahagi kepada genus dan genus dibahagi kepada spesies. Spesies ialah kumpulan organisma terkecil dalam sistem pengelasan.

Soalan 3:
Siapakah yang telah memperkenalkan sistem tatanama binomial?

Jawapan:
Sistem tatanama binomial diperkenalkan oleh Carolus Linnaeus.

Soalan 4:
Bagaimanakah organisma dinamakan mengikut sistem tatanama binomial?

Jawapan:
Dalam sistem tatanama binomial, setiap organisma diberikan satu nama yang terdiri daripada dua perkataan. Perkataan pertama ialah nama genus organisma itu, manakala perkataan kedua ialah nama spesies organisma itu.

Leave a Comment