Praktis Formatif 8.3 – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 8


Soalan 1:
Mengapakah virus tidak dikelaskan dalam sistem enam alam?

Jawapan:
Virus apabila berada di luar perumah tidak dianggap sebagai organisma hidup kerana virus wujud sebagai hablur dan tidak menjalankan sebarang proses hidup.

Soalan 2:
Mengapakah parasit kebiasaannya tidak membunuh perumahnya?

Jawapan:
Supaya parasit mendapat keuntungan daripada hubungan dengan perumahnya secara berterusan.

Soalan 3:
Apakah maksud simbion? Jelaskan jenis-jenis simbion.

Jawapan:
Simbion merupakan suatu organisma yang mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan suatu organisma lain yang digelar perumah. Terdapat dua jenis simbion, iaitu ektosimbion dan endosimbion. Ektosimbion ialah organisma yang hidup di luar sel perumah, manakala endosimbion ialah organisma yang hidup di dalam sel perumah.

Soalan 4:
Nyatakan maksud patogen. Berikan tiga contoh patogen dan vektornya.

Jawapan:
Patogen ialah mikroorganisma yang membawa penyakit. Sebagai contoh:


Leave a Comment