Soalan 7:
Cadangkan satu cara untuk menghasilkan racun kimia yang dapat menghapuskan anai-anai tanpa membunuh serangga berfaedah yang lain.
Jawapan:
• Anai-anai hidup secara simbiosis dengan sejenis protozoa, iaitu Trichonympha sp.
• Trichonympha sp. ini hidup di dalam usus anai-anai dan merembeskan enzim selulase untuk mencernakan kayu (selulosa) yang dimakan oleh anai-anai.
• Anai-anai tidak dapat menghasilkan enzim selulase sendiri.
• Maka, racun kimia yang paling sesuai untuk membunuh anai-anai ialah racun yang boleh membunuh protozoa tersebut.
• Jika protozoa itu mati, anai-anai akan mati. Hal ini berlaku demikian kerana anai-anai tidak mendapat sebarang nutrien akibat tidak dapat mencernakan kayu yang dimakan.

Soalan 8:
Baca pernyataan di bawah.
Semua organisma bergantung antara satu sama lain untuk kelangsungan spesies. Apabila sesuatu spesies pupus, banyak spesies lain yang akan mendapat kesannya. Kepupusan spesies mendatangkan kesan buruk kepada kehidupan manusia.
Berdasarkan pernyataan di atas, bincangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk memelihara dan memulihara biodiversiti di Malaysia
Jawapan:
Langkah-langkah untuk memelihara dan memulihara biodiversiti di Malaysia adalah seperti yang berikut:
• Menanam semula pokok yang telah ditebang
• Mengurangkan penyahutanan
• Mewartakan lebih banyak kawasan hutan sebagai kawasan hutan simpan
• Mementingkan aspek ekosistem semasa menjalankan aktiviti pembangunan
• Memastikan kerosakan minimum pada alam sekitar semasa membina sesuatu infrastruktur
• Mengenakan tindakan undang-undang terhadap sesiapa yang menjalankan kegiatan pembalakan, penebangan hutan atau pemburuan haram