Praktis Sumatif 1 (Soalan 5 & 6) – Biologi Tingkatan 5 (KSSM) Bab 1


Soalan 5:
Industri perkayuan di Malaysia ialah penyumbang besar kepada sektor komoditi, iaitu dengan pendapatan eksport bernilai RM23.2 bilion pada tahun 2017. Bagaimanapun, perolehan sektor ini mencatatkan penurunan pada tahun 2018, disebabkan kekurangan bahan mentahnya. Antara inisiatif yang dijalankan oleh pihak kerajaan untuk mengatasi masalah ini adalah dengan membuka ladang hutan akasia. Pada pendapat anda, mengapakah pokok akasia digunakan untuk mengatasi masalah yang tersebut?


Jawapan:
Pokok akasia cepat membesar dan mempunyai kualiti kayu yang tinggi mutunya untuk industri perkayuan serta industri pembuatan kertas. Pokok ini juga dapat beradaptasi dengan tanah pada tahap kesuburan yang rendah.

Soalan 6:
Ketinggian pokok buah-buahan perlu dikawal supaya tidak terlalu tinggi. Sebagai seorang ahli botani, Encik Lim telah mencadangkan jirannya memangkas pokok buah-buahan di kebunnya. Justifikasikan cadangan Encik Lim berdasarkan pengetahuan biologi anda.


Jawapan:
Pertumbuhan pucuk apeks merencatkan pertumbuhan pucuk lateral. Apabila pucuk apeks dipotong secara berkala, pucuk sisi tumbuh secara aktif. Hal ini dapat mengawal ketinggian tumbuhan.

Leave a Comment