Praktis Formatif 6.2 – Biologi Tingkatan 5 (KSSM) Bab 6


Soalan 1:
Namakan sel yang akan membeza untuk membentuk:
(a) Debunga dalam anter
(b) Pundi embrio dalam ovari

Jawapan:
(a) Sel induk mikrospora

(b) Sel induk megaspora

Soalan 2:
Dalam pembentukan debunga, nukleus dalam debunga akan membahagi secara mitosis dan menghasilkan dua nukleus. Wajarkan.

Jawapan:
Kedua-dua nukleus yang dihasilkan ialah nukleus tiub dan nukleus penjana. Nukleus tiub akan membentuk tiub debunga manakala nukleus penjana akan bermitosis di dalam tiub debunga membentuk dua gamet jantan.

Soalan 3:
Apakah kepentingan proses meiosis dalam pembentukan debunga dan sel pundi embrio?

Jawapan:
Menghasilkan gamet yang haploid.

Soalan 4:
Setelah proses pembentukan pundi embrio lengkap, sel ini mengandungi lapan nukleus. Namakan nukleus-nukleus tersebut.

Jawapan:
3 sel antipodal
2 nukleus kutub
1 sel telur
2 sel sinergid

Leave a Comment