Soalan 1:
Apakah yang dimaksudkan dengan pendebungaan?
Jawapan:
Pemindahan debunga dari anter ke stigma.

Soalan 2:
Pendebungaan sangat penting untuk memastikan pembiakan dalam tumbuhan berbunga berlaku dengan jayanya. Terangkan.
Jawapan:
Pendebungaan memindahkan butir debunga dari anter ke stigma. Kehadiran debunga di stigma akan mencetuskan proses persenyawaan.

Soalan 3:
Semasa pembentukan debunga, sel induk mikrospora membahagi secara meiosis dan menghasilkan tetrad. Nyatakan ciri tetrad dan kepentingan ciri tersebut.
Jawapan:
Sel tetrad merupakan haploid untuk mengekalkan bilangan kromosom di dalam zigot selepas berlaku persenyawaan.

Soalan 4:
Nukleus penjana membahagi secara mitosis dalam tiub debunga. Nyatakan kepentingan proses ini.
Jawapan:
Menghasilkan dua nukleus, iaitu nukleus tiub yang akan mengarah pertumbuhan tiub debunga dan nukleus penjana yang akan membentuk gamet jantan.

Soalan 5:
Sel megaspora mengandungi lapan nukleus. Bagaimanakah keadaan ini berlaku?
Jawapan:
Nukleus sel induk megaspora bermitosis sebanyak tiga kali untuk menghasilkan lapan nukleus.

Soalan 6:
Nyatakan peranan persenyawaan ganda dua dalam memastikan kemandirian tumbuhan berbunga.
Jawapan:
Persenyawaan gamet jantan dan gamet betina menghasilkan zigot diploid dan menurunkan maklumat genetik ke generasi berikutnya. Percantuman gamet jantan yang kedua dengan nukleus kutub menghasilkan nukleus endosperma triploid yang akan berkembang membentuk tisu endosperma. Tisu ini membekalkan makanan untuk percambahan biji benih.