Praktis Formatif 6.4 – Biologi Tingkatan 5 (KSSM) Bab 6


Soalan 1:
Selepas persenyawaan berlaku antara gamet jantan dengan sel telur, zigot yang terhasil akan melakukan mitosis membentuk dua sel. Terangkan.

Jawapan:
Satu sel akan berkembang membentuk penggantung, dan satu sel lagi berkembang membentuk embrio.

Soalan 2:
Nyatakan struktur pada biji benih yang menjadikannya dapat disimpan dalam jangka masa lama sebelum dicambahkan.

Jawapan:
Testa

Soalan 3:
Apakah fungsi penggantung dalam perkembangan biji benih?

Jawapan:
Melekatkan embrio pada dinding pundi embrio

Soalan 4:
Apakah perbezaan antara plumul dan radikel yang merupakan struktur yang membentuk embrio dalam biji benih?

Jawapan:
Plumul tumbuh ke atas untuk membentuk pucuk, manakala radikel tumbuh ke bawah untuk membentuk akar.

Soalan 5:
Lapisan eksokarpa dikatakan melindungi buah daripada rosak. Wajarkan.

Jawapan:
Eksokarpa merupakan kulit buah yang kuat dan kalis air. Eksokarpa melindungi buah daripada kehilangan air dan serangan kulat

Leave a Comment