Praktis Formatif 5.1 – Biologi Tingkatan 5 (KSSM) Bab 5


Soalan 1:
Nyatakan definisi gerak balas tropisme.

Jawapan:
Gerak balas tropisme bermaksud gerak balas bahagian-bahagian tertentu tumbuhan seperti akar dan pucuk, sama ada tumbuh mendekati atau menjauhi rangsangan

Soalan 2:
Senaraikan tiga jenis gerak balas tropisme.

Jawapan:
Tigmotropisme, hidrotropisme, geotropisme, kemotropisme dan fototropisme

Soalan 3:
Wajarkan gerak balas fototropisme yang dilakukan oleh tumbuhan.

Jawapan:
Gerak balas fototropisme positif memastikan daun tumbuhan mendapat cahaya matahari yang optimum dalam meningkatkan kadar fotosintesis.

Soalan 4:
Danish mendapati daun pokok semalu menguncup apabila nyalaan pemetik api didekatkan dengan daunnya. Jelaskan pemerhatian ini.

Jawapan:
Daun pokok semalu bergerak balas terhadap haba, iaitu termonasti.

Leave a Comment