Praktis Formatif 5.2 – Biologi Tingkatan 5 (KSSM) Bab 5


Soalan 1:
Namakan tiga contoh fitohormon dan nyatakan fungsinya.

Jawapan:
Tiga fitohormon dan fungsinya:

• Auksin merangsang pertumbuhan dan pemanjangan sel akar dan sel batang

• Etilena merangsang pemasakan buah

• Giberelin menggalakkan pembahagian dan pemanjangan sel batang


Soalan 2:
Bagaimanakah auksin dapat mengawal fototropisme pucuk tumbuhan dalam keadaan gelap?

Jawapan:
Dalam keadaan gelap, taburan auksin di hujung pucuk adalah sekata. Ini menyebabkan hujung pucuk tumbuh tegak ke atas.

Soalan 3:
Encik Farid yang menjual buah epal di sebuah pasar sentiasa mengasingkan buah yang sudah terlebih masak daripada buah yang sedang masak dengan segera. Wajarkan tindakan Encik Farid.

Jawapan:
Buah yang terlebih masak akan menghasilkan banyak gas etilena. Gas ini akan merangsang pemasakan buah yang berada berdekatannya dan dapat menyebabkan buah menjadi terlalu masak dan cepat busuk.

Leave a Comment