Soalan 1:
Di bahagian ginjal manakah tubul berlingkar proksimal, liku Henle, dan tubul berlingkar distal boleh didapati?
Jawapan:
Tubul berlingkar proksimal dan tubul berlingkar distal terdapat dalam korteks, manakala liku Henle terdapat dalam medula ginjal.

Soalan 2:
Cadangkan dua aktiviti yang boleh menyebabkan dinding duktus pengumpul menjadi lebih telap terhadap air.
Jawapan:
Makan makanan masin dan kurang minum air

Soalan 3:
Nyatakan bagaimana ion Na+, air dan glukosa diserap semula di tubul berlingkar proksimal.
Jawapan:
Air diserap semula secara osmosis. Ion natrium dan glukosa diserap semula secara pengangkutan aktif.

Soalan 4:
Seorang individu mengalami kerosakan satu ginjal. Perlukah individu ini menjalani hemodialisis? Cadangkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh individu ini agar dia dapat menjalani kehidupan harian tanpa masalah.
Jawapan:
Individu tersebut tidak perlu menjalani hemodialisis.
Individu tersebut cuma perlu kurangkan makanan berprotein dan kandungan garam tinggi dan sentiasa minum air yang mencukupi.