Soalan 1:
Nyatakan perbezaan antara pertukaran gas dalam tumbuhan semasa respirasi dengan semasa fotosintesis.
Jawapan:
Respirasi – Gas oksigen diserap dan gas karbon dioksida dibebaskan.
Fotosintesis – Gas karbon dioksida diserap dan gas oksigen dibebaskan.

Soalan 2:
Bagaimanakah kesan kelembapan persekitaran mempengaruhi saiz pembukaan stoma?
Jawapan:
Persekitaran yang lembap menyebabkan saiz stoma menjadi lebih besar. Wap air dalam udara yang tinggi merendahkan kadar kehilangan air daripada daun.

Soalan 3:
Taburan stoma lebih padat di permukaan bawah daun berbanding permukaan atas. Wajarkan.
Jawapan:
Taburan stoma di bahagian bawah daun lebih padat kerana bahagian bawah daun tidak terdedah secara langsung kepada cahaya matahari dan haba. Hal ini dapat mengelakkan kehilangan air secara berlebihan.

Soalan 4:
Apakah kepentingan penutupan stoma semasa tumbuhan kekurangan air?
Jawapan:
Mengelakkan kehilangan lebih banyak air secara transpirasi.