Eksperimen 2.2 – Biologi Tingkatan 5 (KSSM) Bab 2


Eksperimen 2.2 (Kesan Faktor Persekitaran terhadap Kadar Transpirasi dengan Menggunakan Potometer):

Pernyataan Masalah
Apakah kesan faktor persekitaran terhadap kadar transpirasi?

Tujuan
Mengkaji kesan faktor persekitaran terhadap kadar transpirasi dengan menggunakan potometer

Hipotesis
(a) Kadar transpirasi lebih tinggi dengan kehadiran angin.
(b) Kadar transpirasi lebih tinggi pada keamatan cahaya yang tinggi.
(c) Kadar transpirasi lebih tinggi pada suhu yang tinggi.
(d) Kadar transpirasi lebih tinggi pada kelembapan relatif udara yang rendah.

Pemboleh ubah
Pemboleh ubah dimanipulasikan: Faktor-faktor persekitaran
Pemboleh ubah bergerak balas: Kadar transpirasi
Pemboleh ubah dimalarkan: Jenis tumbuhan


Bahan
Ranting berdaun, air, jeli petroleum, beg plastik, kertas tisu

Radas
Gabus, bikar, jam randik, pembaris, kipas meja elektrik, mentol 100 W, potometer (tiub kapilari, klip skru)

Prosedur
Potometer ialah alat yang digunakan untuk mengukur pengambilan air oleh pucuk berdaun.


1. Sediakan potometer dan pastikan semua sambungan disapu dengan jeli petroleum agar kedap udara.

2. Potong ranting tumbuhan yang berdaun di dalam air. Pastikan saiz batangnya dengan gabus penutup potometer sepadan.

3. Letakkan ranting berdaun pada potometer dan sapukan jeli petroleum agar kedap udara (Rajah 2.13).

4. Lap semua daun sehingga kering menggunakan kertas tisu.


5. Isikan air ke dalam potometer sehingga penuh.

6. Perangkapkan gelembung udara kecil pada pangkal potometer untuk digunakan sebagai penanda.

7. Tandakan kedudukan awal gelembung udara dalam potometer sebagai P.

8. Dedahkan potometer di dalam bilik tanpa kipas berpusing dan diikuti dengan mendedahkannya di hadapan kipas meja dengan kelajuan 2.

9. Selepas 10 minit, ukur jarak gelembung udara dalam potometer dengan menggunakan pembaris atau skala yang ada pada tiub kapilari potometer.

10. Ulangi langkah 1 hingga 9 dengan mendedahkan set potometer di bawah persekitaran yang berikut:
(a) Keamatan cahaya yang tinggi dan rendah
(Di dalam bilik gelap dan di bawah mentol 100 W)

(b) Suhu yang tinggi dan rendah
(Di dalam bilik dengan penyaman udara dan di dalam bilik tanpa penyaman udara)

(c) Kelembapan relatif udara yang tinggi dan rendah
(Pokok ditutup dengan beg plastik lembap dan pokok yang tidak ditutup)


11. Kira kadar transpirasi menggunakan formula berikut:


Keputusan


Perbincangan
1. Mengapakah ranting tumbuhan perlu dipotong di dalam air?

2. Apakah yang ditunjukkan oleh jarak pergerakan gelembung udara di dalam tiub kapilari potometer?

3. Apakah kesan pergerakan udara, keamatan cahaya, suhu dan kelembapan relatif udara terhadap jarak pergerakan gelembung udara di dalam tiub kapilari?

4. Nyatakan definisi secara operasi bagi transpirasi.

Kesimpulan
Adakah hipotesis tersebut diterima? Cadangkan satu kesimpulan yang sesuai.


Jawapan:
Keputusan:


Perbincangan:
1. Mengelakkan udara dari luar meresap ke dalamnya dan menyebabkan terbebasnya gelembung udara di dalam potometer.

2. Pembebasan wap air yang mewakili kadar transpirasi.

3. Keamatan cahaya yang tinggi, suhu yang tinggi dan pergerakan udara yang laju meningkatkan jarak pergerakan gelembung, manakala kelembapan relatif udara yang tinggi mengurangkan jarak pergerakan gelembung.

4. Transpirasi ialah kehilangan air daripada pucuk berdaun yang ditunjukkan oleh jarak pergerakan gelembung udara dalam masa 10 minit yang dipengaruhi oleh keamatan cahaya, suhu, pergerakan udara dan kelembapan relatif udara.

Leave a Comment