Praktis Formatif 2.3 – Biologi Tingkatan 5 (KSSM) Bab 2


Soalan 1:
Apakah maksud transpirasi? Nyatakan kaitan antara transpirasi dengan stoma.

Jawapan:
Transpirasi ialah proses pembebasan wap airsecara sejatan. Transpirasi berlaku melalui liang stoma.

Soalan 2:
Selain suhu yang tinggi dan pergerakan udara yang laju, keamatan cahaya juga turut mempengaruhi transpirasi. Jelaskan.

Jawapan:
Apabila keamatan cahaya tinggi, suhu persekitaran juga meningkat. Hal ini menyebabkan wap air dalam udara tersejat dan mempunyai lebih ruang untuk diisi oleh wap air yang tersejat daripada daun. Oleh itu, semakin tinggi keamatan cahaya, semakin tinggi kadar transpirasi.

Soalan 3:
Pokok X telah ditenggelami banjir selama dua hari. Apabila air surut, daun pokok X telah dipenuhi dengan lumpur. Bagaimanakah keadaan ini memberi kesan terhadap proses transpirasi? Jelaskan.

Jawapan:
Lumpur yang melekat di permukaan bawah daun akan menutupi liang stoma dan ini akan mengurangkan kadar transpirasi.

Leave a Comment