Praktis Formatif 2.5 – Biologi Tingkatan 5 (KSSM) Bab 2


Soalan 1:
Berikan definisi titik pampasan.

Jawapan:
Titik pampasan ialah aras keamatan cahaya apabila kadar respirasi sama dengan kadar fotosintesis.

Soalan 2:
Titik pampasan bagi pokok paku pakis yang tumbuh di lantai hutan tropika berlaku pada jam 10.00 pagi. Pada pendapat anda, pada pukul berapakah pokok ara yang tumbuh tinggi di hutan yang sama mencapai titik pampasannya?

Jawapan:
Sebelum pukul 10.00 pagi kerana pokok ara yang tumbuh tinggi mendapat keamatan cahaya yang lebih tinggi.

Soalan 3:
Pada titik pampasan, kadar fotosintesis dan respirasi sel adalah sama. Nyatakan kesannya terhadap:
(a) Penghasilan glukosa oleh tumbuhan
(b) Pembebasan oksigen ke atmosfera

Jawapan:
(a) Glukosa yang dihasilkan dalam fotosintesis digunakan sepenuhnya dalam respirasi sel dalam tumbuhan.

(b) Tiada oksigen dibebaskan ke atmosfera kerana digunakan sepenuhnya dalam respirasi

Leave a Comment