Soalan 7:
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan titik pampasan?
(b) Bagaimanakah titik pampasan mempengaruhi penghasilan dan penggunaan gas oksigen dan gas karbon dioksida?
Jawapan:
(a) Titik pampasan ialah aras keamatan cahaya apabila kadar respirasi sama dengan kadar fotosintesis.
(b) Pada titik pampasan penghasilan gas oksigen cukup untuk memenuhi keperluan respirasi tumbuhan, manakala penghasilan gas karbon dioksida cukup untuk memenuhi keperluan fotosintesis.

Soalan 8:
Tanaman bersuhu sederhana mempunyai permintaan yang tinggi di Malaysia. Selain diimport dari luar negara, tanaman ini juga ditanam secara domestik di kawasan tanah tinggi seperti di Cameron Highlands. Jika persekitaran yang terkawal dapat diwujudkan, tanaman ini juga dapat ditanam di kawasan tanah rendah di Malaysia.
(a) Apakah teknologi yang ada di Malaysia yang membolehkan tanaman ini ditanam di kawasan tanah rendah dalam persekitaran yang terkawal?
(b) Pada pendapat anda, apakah cabaran-cabaran yang perlu dihadapi oleh para petani yang menggunakan teknologi tersebut?
(c) Cadangkan satu teknologi yang dapat digunakan oleh para petani untuk menghadapi cabaran-cabaran tersebut
Jawapan:
(a) Penanaman di dalam rumah hijau.
(b) Kos pembinaan yang tinggi kerana menggunakan kaca yang tahan panas, kos elektrik bagi menghidupkan sistem pendingin udara untuk menurunkan suhu kepada suhu optimum bagi tanaman anggur pada 25 °C hingga 32 °C.
(c)
• Memasang penjana tenaga solar kerana negara kita mendapat sinaran matahari sepanjang tahun.
• Menggunakan mentol LED yang dapat menjimatkan penggunaan elektrik.
• Menggantikan kaca dengan kepingan atau kertas plastik lut sinar yang lebih murah

Soalan 9:
Pada musim tengkujuh, hujan yang sering turun menjadikan udara tepu dengan wap air. Pada pendapat anda, adakah keadaan ini mempengaruhi bekalan mineral dalam tumbuhan? Jelaskan.
Jawapan:
Ya. Kadar transpirasi menurun. Kadar resapan air tanah oleh akar juga menurun menyebabkan kurangnya pengambilan garam mineral.

Soalan 10:
Tumbuhan panjang siang ialah tumbuhan yang memerlukan lebih daripada 12 jam cahaya untuk menghasilkan bunga, contohnya pokok kacang pis. Cadangkan satu cara terbaik yang dapat dilakukan oleh petani di negara empat musim untuk menanam tumbuhan pada musim luruh. Jelaskan.
Jawapan:
Menanam tumbuhan tersebut di dalam rumah kaca yang dilengkapi dengan mentol LED yang membekalkan cahaya mengikut keperluan tumbuhan yang ditanam.