Praktis Sumatif 2 (Soalan 4 – 6) – Biologi Tingkatan 5 (KSSM) Bab 2


Soalan 4:
Rajah 1.1 dan Rajah 1.2 menunjukkan purata saiz stoma pada dua jenis tumbuhan yang berlainan dalam tempoh 24 jam. Satu tumbuhan diletakkan dalam persekitaran yang lembap, manakala satu lagi diletakkan dalam persekitaran yang panas dan kering.


(a) Graf yang manakah yang menggambarkan tumbuhan yang diletakkan dalam persekitaran panas dan kering?

(b) Jelaskan jawapan anda pada soalan 4(a).

(c) Mengapakah purata saiz stoma pada waktu malam lebih kecil daripada waktu siang?

(d) Ramalkan dua ciri struktur tumbuhan yang diletakkan dalam persekitaran panas dan kering yang membolehkannya terus hidup.


Jawapan:
(a) Graf di Rajah 1.2

(b) Pada waktu tengah hari, cuaca yang panas dan kering menyebabkan purata saiz stoma yang terbuka berkurang untuk mengelakkan kehilangan air secara berlebihan.

(c) Sel-sel pengawal tidak berfotosintesis dan berbentuk lurus.

(d) Batang atau daun sukulen bagi menyimpan air, mempunyai lapisan kutikel daun yang tebal dan mempunyai akar rerambut.

Soalan 5:
(a) Namakan dua jenis tindak balas dalam proses fotosintesis.
(b) Dalam tindak balas yang manakah klorofil diperlukan? Jelaskan.

Jawapan:
(a) Tindak balas bersandarkan cahaya dan tindak balas tidak bersandarkan cahaya.

(b) Tindak balas bersandarkan cahaya. Tenaga cahaya perlu diserap oleh klorofil untuk menguja elektron atau fotolisis

Soalan 6:
Aizat memelihara beberapa ekor ikan di dalam sebuah akuarium yang dihiasai dengan tumbuhan akuatik plastik. Walau bagaimanapun, ikan-ikan tersebut mati akibat ketiadaan bekalan elektrik. Cadangkan satu cara yang dapat dilakukan oleh Aizat untuk menangani masalah tersebut.

Jawapan:
Menukar tumbuhan plastik dengan tumbuhan akuatik sebenar. Tumbuhan sebenar akan berfotosintesis dan membebaskan oksigen. Kepekatan oksigen terlarut di dalam air meningkat.

Leave a Comment