Soalan 1:
Nyatakan maksud pengangkutan pasif.
Jawapan:
Molekul atau ion meresap mengikut kecerunan kepekatan dan tidak memerlukan tenaga.

Soalan 2:
Sifat sesuatu membran menentukan sama ada sesuatu molekul boleh bergerak merentasi membran tersebut. Terangkan mengapa membran plasma tidak telap terhadap banyak jenis molekul.
Jawapan:
Kebanyakan molekul larut dalam air dan tidak larut dalam lipid. Oleh itu, molekul-molekul ini tidak bergerak melalui dwilapisan fosfolipid. Sesetengah molekul yang terlalu besar (misalnya molekul glukosa) dan ion natrium tidak boleh bergerak merentasi dwilapisan fosfolipid. Ion seperti ion natrium tidak boleh bergerak melalui ekor fosfolipid.

Soalan 3:
Huraikan mengapa makanan diawet dengan menggunakan larutan gula yang pekat.
Jawapan:
• Larutan gula yang pekat merupakan larutan hipertonik. Ini menyebabkan air dalam sel makanan meresap keluar dari makanan secara osmosis.
• Penyahhidratan berlaku ke atas makanan. Ketiadaan air dalam makanan membolehkan sel makanan tahan lebih lama kerana mikororganisma tidak dapat hidup tanpa air.

Soalan 4:
(a) Terangkan peranan vakuol mengecut dalam mengawal keseimbangan air di dalam Amoeba sp.
(b) Ramalkan apa yang akan berlaku kepada Amoeba sp. yang dipindahkan ke air laut. Terangkan jawapan anda.
Jawapan:
(a) Air meresap ke dalam vakuol mengecut. Vakuol tersebut kemudian mengembang dan membesar ke saiz maksimum. Vakuol tersebut akan bergerak ke membran sel. Di membran sel, vakuol mengecut dan air disingkirkan dari Amoeba sp. ke persekitaran. Ini mencegah peletusan daripada berlaku.
(b) Amoeba sp. mengecil. Air laut hipertonik terhadap bendalir dalam Amoeba sp. Air meresap keluar dari vakuol mengecut Amoeba sp. secara osmosis. Amoeba sp. mati.

Soalan 5:
(a) Rajah 1 menunjukkan satu komponen sel yang boleh dijumpai dalam sel.
(i) Namakan komponen sel dalam Rajah 1.
(ii) Labelkan X dan Y.
(b) Dalam satu eksperimen, sel mesofil palisad direndam di dalam air suling untuk tempoh masa tertentu. Terangkan apa yang akan berlaku kepada sel tersebut.
Jawapan:
(a)(i) Membran plasma
(a)(ii)
X: Dwilapisan fosfolipid
Y: Protein pembawa
(b) Membran plasma akan tertolak ke arah dinding sel. Air suling adalah hipotonik terhadap sap sel tumbuhan. Molekul air meresap masuk ke dalam sel secara osmosis. Vakuol akan mengembang