Aktiviti 3.1:
Tujuan
Memerhati slaid mikroskop tersedia keratan rentas akar monokot dan akar eudikot
Radas
Mikroskop cahaya, slaid mikroskop tersedia keratan rentas akar Zea mays (pokok jagung) dan akar Tilia sp. (pokok limau)
Prosedur
1. Perhatikan slaid tersedia keratan rentas akar Zea mays dan Tilia sp. menerusi mikroskop cahaya dengan kanta objektif kuasa rendah dan kemudian, dengan kanta objektif kuasa tinggi.
2. Kenal pasti sel rambut akar, epidermis, korteks, endodermis, perisikel, xilem dan floem.
3. Lukis keratan rentas akar Zea mays dan Tilia sp. yang dapat diperhatikan serta labelkan dengan lengkap. Rekodkan kuasa pembesaran yang digunakan.
Perbincangan
1. Apakah tisu yang membentuk korteks? Bagaimanakah tisu ini dapat dikenal pasti?
2. Bagaimanakah tisu xilem dan tisu floem disusun di dalam akar monokot dan akar eudikot?
3. Berdasarkan pengetahuan biologi anda, mengapakah susunan tisu xilem dan tisu floem berbeza antara akar monokot dengan akar eudikot?
Jawapan:
1. Tisu yang membentuk korteks ialah tisu parenkima. Sel-sel parenkima mempunyai dinding sel yang nipis dan vakuol yang besar.
2. Bagi akar monokot, xilem dan floem disusun secara berselang seli dalam bentuk gelang atau cincin. Bagi akar eudikot, xilem berada di tengah akar dan floem berada di sebelah luar xilem.
3. Akar tumbuhan eudikot mengalami pertumbuhan sekunder berbanding akar tumbuhan monokot. Tumbuhan eudikot mempunyai kambium vaskular yang dapat membahagi secara mitosis untuk membentuk xilem sekunder dan floem sekunder, manakala tumbuhan monokot tidak mempunyai kambium vaskular.