Praktis Formatif 3.2 – Biologi Tingkatan 5 (KSSM) Bab 3


Soalan 1:
Nyatakan tisu-tisu yang membentuk akar.

Jawapan:
Tisu epidermis, tisu korteks, tisu vaskular dan tisu endodermis.

Soalan 2:
Terangkan adaptasi tisu epidermis  untuk menjalankan fungsinya dalam  penyerapan air dan garam mineral.

Jawapan:
Adaptasi tisu epidermis akar:
• Sel-sel epidermis disusun rapat

• Dinding sel epidermis yang nipis dan membran sel yang telap terhadap air memudahkan pergerakan air di dalam akar

• Terdapat sel epidermis yang membentuk rambut akar dengan pemanjangan ke arah lateral dari dinding luarnya.

• Sel-sel epidermis rambut akar tidak dilapisi kutikel

• Sel-sel epidermis akar mempunyai vakuol yang besar bagi menyimpan air dan garam mineral

Soalan 3:
Bandingkan akar monokot dan akar akar eudikot dari segi tisu korteks, tisu endodermis dan jalur Casparian.

Jawapan:
Tisu korteks terletak di antara epidermis dan silinder vaskular bagi akar dikotiledon dan akar monokotiledon. Jalur Casparian terbentuk daripada tisu endodermis. Akar tumbuhan monokotiledon mempunyai jalur Casparian,tetapi tidak semua akar tumbuhan eudikot mempunyai jalur Casparian.

Leave a Comment