Praktis Formatif 4.1 – Biologi Tingkatan 5 (KSSM) Bab 4


Soalan 1:
Adakah semua tumbuhan memerlukan sistem pengangkutan? Jelaskan.

Jawapan:
Tidak. Tumbuhan seperti lumut yang bersaiz kecil mempunyai luas permukaan yang tinggi untuk menyerap air dari persekitaran.

Soalan 2:
Sebatang pokok telah diserang oleh sejenis bakteria yang memusnahkan salur xilemnya. Ramalkan kesan yang akan berlaku kepada pokok tersebut.

Jawapan:
Pokok tersebut akan mati. Xilem tidak dapat berfungsi untuk mengangkut air. Tumbuhan tidak dapat menjalankan fotosintesis.

Soalan 3:
Pengangkutan sebatian organik seperti sukrosa secara pengangkutan aktif di sepanjang tiub tapis memerlukan ATP. Bagaimanakah proses ini dapat berlaku walaupun tiub tapis mempunyai bilangan mitokondria yang sedikit?

Jawapan:
Tiub tapis bersebelahan dengan sel-sel rakan mempunyai banyak mitokondria. Mitokondria di dalam sel rakan akan menjanakan tenaga (ATP) untuk digunakan oleh tiub tapis.

Leave a Comment