Praktis Formatif 14.4 – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 14


Soalan 1:
Cadangkan dua cara untuk menjaga sistem otot rangka.

Jawapan:
Mengambil gizi seimbang dan mengamalkan postur yang betul.

Soalan 2:
Sebagai seorang doktor, terangkan cara-cara untuk membantu pesakit skoliosis menjalani kehidupan harian yang normal.

Jawapan:
• Bagi kes skoliosis ringan, pemerhatian berkala akan dibuat oleh doktor sehingga tahap kematangan tulang hampir sempurna.

• Peralatan khas untuk menyokong tulang belakang (“Bracing”)

• Pembedahan

Soalan 3:
Nyatakan maksud osteoporosis dan terangkan langkah yang boleh diambil pada usia muda untuk mencegah osteoporosis pada usia tua.

Jawapan:
Osteoporosis ialah sejenis penyakit yang menyebabkan tulang menjadi nipis, lebih poros, dan mudah patah. Osteoporosis boleh dicegah dengan mengambil kalsium, fosforus dan vitamin D.

Soalan 4:
Terangkan tiga amalan untuk menjaga kesihatan sistem otot rangka.

Jawapan:
Untuk menjaga kesihatan sistem otot rangka, kita harus memakai pakaian yang sesuai, melakukan senaman dan mengamalkan postur badan yang betul.

Leave a Comment