Praktis Formatif 4.2 – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 4


Soalan 1:
Namakan unsur-unsur yang terdapat dalam karbohidrat.

Jawapan:
Karbon, hidrogen dan oksigen.

Soalan 2:
Senaraikan jenis-jenis karbohidrat utama.

Jawapan:
Monosakarida, disakarida dan polisakarida.

Soalan 3:
Berikan contoh-contoh gula penurun dan gula bukan penurun.

Jawapan:
Contoh gula penurun ialah glukosa, galaktosa, fruktosa, maltosa dan laktosa. Manakala gula bukan penurun ialah sukrosa.

Soalan 4:
Terangkan mengapa sukrosa merupakan gula bukan penurun.

Jawapan:
Sukrosa merupakan gula bukan penurun kerana tidak boleh menurunkan kuprum (II) sulfat kepada kuprum (I) oksida.

Leave a Comment