Soalan 1:
Nyatakan dua jenis asid nukleik.
Jawapan:
Asid deoksiribonukleik (DNA) dan asid ribonukleik (RNA)

Soalan 2:
Nyatakan komponen-komponen dalam nukleotida.
Jawapan:
Komponen-komponen dalam nukleotida ialah kumpulan fosfat, bes bernitrogen dan gula pentosa.

Soalan 3:
Terangkan mengapa struktur RNA lebih pendek berbanding dengan DNA.
Jawapan:
RNA adalah lebih pendek kerana RNA terhasil daripada sebahagian kecil DNA yang dikenali sebagai gen.

Soalan 4:
Terangkan kemungkinan yang berlaku sekiranya sel tidak mempunyai asid nukleik.
Jawapan:
Sekiranya tiada asid nukleik, sel tidak boleh membawa maklumat pewarisan dari satu generasi ke generasi seterusnya dan menentukan ciri dalam organisma hidup. Sel juga akhirnya akan mati kerana tidak dapat menghasilkan protein-protein penting untuk kemandirian sel