Soalan 1:
Namakan urutan proses mitosis.
Jawapan:
Profasa, metafasa, anafasa, telofasa
Namakan urutan proses mitosis.
Jawapan:
Profasa, metafasa, anafasa, telofasa
Soalan 2:
Apakah fungsi sentriol dalam pembahagian sel haiwan?
Jawapan:
Membentuk gentian gelendong

Soalan 3:
Nyatakan satu perbezaan antara metafasa mitosis dengan metafasa I meiosis.
Jawapan:
• Pada peringkat metafasa mitosis, kromosom tersusun pada satah khatulistiwa manakala pada peringkat metafasa I, kromosom homolog tersusun pada satah khatulistiwa.
• Pada peringkat metafasa mitosis, setiap kromatid terikat pada gentian gelendong di sentromer manakala pada peringkat metafasa I, satu kromosom daripada setiap pasangan kromosom homolog terikat kepada gentian gelendong dari satu kutub dan homolognya terikat kepada gentian gelendong dari kutub bertentangan.

Soalan 4:
(a) Terangkan kepentingan proses pembahagian sel yang berlaku di hujung akar tumbuhan.
(b) Seorang peladang ingin menghasilkan sebilangan besar pokok mangga jenis baka baik dalam masa yang singkat untuk tujuan komersial. Nyatakan dan huraikan teknik yang boleh digunakan oleh peladang tersebut.
Jawapan:
(a) Sel-sel membahagi dengan aktif secara mitosis untuk menghasilkan lebih banyak sel. Bilangan sel yang banyak memanjangkan akar supaya akar dapat menyerap lebih banyak air dan garam mineral bagi menampung pertumbuhan pokok.
(b)
• Teknik : Kultur tisu
• Eksplan dimasukkan ke dalam medium kultur steril yang mengandungi nutrien dan hormon pertumbuhan.
• Eksplan membahagi secara mitosis untuk membentuk kalus. Kalus ini berkembang membentuk embrio / anak pokok.