SPM 2023 Biologi Kertas 2 (Kertas Sebenar) – Bahagian A Soalan 1 – 3


Soalan 1:
Fototropisme ialah sejenis gerak balas tropisme. Rajah 1.1 menunjukkan jenis gerak balas tropisme yang lain pada suatu tumbuhan.


(a) Berdasarkan Rajah 1.1,
(i) nyatakan jenis gerak balas tersebut [1 markah]

(ii) nyatakan rangsangan bagi gerak balas tersebut. [1 markah]

(b) Terangkan bagaimana gerak balas tropisme pada pucuk membantu kemandirian tumbuhan. [2 markah]

(c) Pernyataan berikut adalah tentang gerak balas nasti. 

Gerak balas nasti merupakan gerak balas yang lebih cepat dan jelas berbanding gerak balas tropisme.

(i) Nyatakan satu jenis gerak balas nasti. [1 markah]

(ii) Rajah 1.2 menunjukkan gerak balas tumbuhan apabila disentuh. 


Berikan satu kebaikan gerak balas ini terhadap tumbuhan tersebut. [1 markah]

Jawapan:
(a)(i) Tigmotropisme

(a)(ii) Sentuhan

(b)(i)
1: Untuk mendapat sokongan

2: Pucuk tumbuh ke arah cahaya // Pucuk menunjukkan fototropisme positif

3: Untuk menjalankan fotosintesis

Mana-mana dua jawapan

(c)(i) Fotonasti // Seismonasti // Niktinasti // Termonasti // Tigmonasti

(c)(ii) Untuk menyelamatkan diri // untuk perlindungan


Soalan 2:
Rajah 2.1 menunjukkan proses X yang berlaku apabila satu sel tumbuhan direndam dalam air suling. 


(a)(i) Nyatakan nama bagi proses X. [1 markah]

(ii) Lengkapkan Rajah 2.2 dengan melukis keadaan vakuol selepas direndam dalam air suling selama 30 minit. 

[1 markah]

(b) Rajah 2.3 menunjukkan keadaan sel haiwan yang direndam dalam larutan natrium klorida 10%. 

Terangkan bagaimana keadaan ini berlaku. [2 markah]

(c) Seorang pendaki dijumpai dalam keadaan sangat lemah akibat kekurangan air setelah sesat beberapa hari. Beliau telah dirawat dengan menggunakan larutan saline.
Terangkan mengapa rawatan tersebut diberikan. [2 markah]

Jawapan:
(a)(i) Osmosis

(a)(ii)


1: Garisan lukisan vakuol bersambung 

2: Saiz vakuol lebih besar 

(b)
1: Larutan natrium klorida 10% merupakan larutan hipertonik berbanding sel

2: Air meresap keluar dari sel secara osmosis 

3: Saiz sel mengecil // Sel mengecut // Krenasi berlaku 

Mana-mana dua jawapan 

(c)
1: Larutan saline merupakan larutan isotonik berbanding plasma darah 

2: Mengandungi 0.85g – 0.90g natrium klorida per 100 ml 

3: Menggantikan air yang hilang // Rehidrasi / Penghidratan semula

Mana-mana dua jawapan



Soalan 3:
Rajah 3.1 menunjukkan sebahagian daripada struktur keratan rentas akar eudikot. Diagram 3.1 shows a part of cross-section of eudicot root structure.


(a) Lengkapkan Rajah 3.1 dengan melukis dan melabel struktur silinder vaskular. [2 markah]

(b) Sel rambut akar berfungsi untuk menyerap air dan mineral.
Terangkan satu penyesuaian sel rambut akar untuk menjalankan fungsinya dengan cekap.

Penyesuaian : ……………………..

Penerangan: ………………………
[2 markah]

(c) Rajah 3.2 menunjukkan tumbuhan J hidup di atas pokok perumah. 


(i) Nyatakan kesan ke atas pertumbuhan pokok perumah tersebut. [1 markah]

(ii) Tumbuhan J dipindahkan dan ditanam di kawasan yang berpasir dan berbatu. Tumbuhan itu juga terdedah kepada cahaya matahari yang terik. Terangkan mengapa pertumbuhan tumbuhan J adalah lebih perlahan dalam persekitaran yang baharu. [2 markah]

Jawapan:
(a)

1: Bentuk dan kedudukan xilem dan floem untuk pertumbuhan primer

2: Label xilem dan floem yang betul 

(b)
F1: Sel-sel rambut akar tidak dilapisi oleh kutikel // dinding sel yang nipis // membran sel yang telap terhadap air 

P1: bagi mempercepatkan resapan air // memudahkan pergerakan air

F2: Sel-sel rambut akar juga mempunyai vakuol yang besar 

P2: Untuk menyimpan air dan garam mineral 

F3: Mempunyai pemanjangan sitoplasma ke arah lateral dari dinding luarnya // bilangan sel yang banyak 

P3: Untuk menambah jumlah luas permukaan 

F + P yang sepadan

(c)(i)
Pertumbuhan tidak terjejas / normal 

(c)(ii)
1: Struktur tanah yang mempunyai bekalan air yang rendah 

2: Kurang air / nutrien meresap ke dalam akar 

3: Cahaya matahari yang terik menyebabkan daun melecur // klorofil musnah // kadar transpirasi tinggi

4: Kadar fotosintesis berkurang 

Mana-mana dua jawapan

Leave a Comment