Praktis Formatif 15.1 – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 15


Soalan 1:
Nyatakan struktur-struktur sistem pembiakan lelaki.

Jawapan:
Testis, tubul seminiferus, epididimis, vas deferens, vesikel semen, kelenjar prostat, zakar

Soalan 2:
Terangkan fungsi vesikel semen dan skrotum.

Jawapan:
Fungsi vesikel semen ialah merembes bendalir bernutrien untuk sperma. Skrotum berfungsi memegang dan melindungi testis.

Soalan 3:
Nyatakan struktur-struktur sistem pembiakan perempuan.

Jawapan:
Ovari, tiub Falopio, uterus, serviks, faraj

Soalan 4:
Terangkan fungsi tiub Falopio dan uterus.

Jawapan:
Tiub Falopio berfungsi menghubungkan ovari dan uterus dan merupakan tempat persenyawaan antara sperma dan ovum. Fungsi uterus ialah untuk membekalkan nutrien dan oksigen kepada embrio.

Leave a Comment