SPM 2024 Biologi Kertas 2 (Kertas Sebenar) – Bahagian A Soalan 6 – 8


Soalan 6:
Rajah 6.1(a) dan Rajah 6.1(b) menunjukkan gerak balas bunga terhadap cahaya. 


(a)(i) Nyatakan jenis gerak balas itu. [1 markah] 

(ii) Seorang pekebun telah memindahkan pokok bunga dalam Rajah 6.1(a) ke dalam almari gelap. Terangkan bagaimana gerak balas kelopak bunga tersebut pada jam 12.30 p.m. pada keesokan harinya. [2 markah]


(b) Rajah 6.2 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji kesan suatu fitohormon terhadap pertumbuhan koleoptil di hujung pucuk. 


(i) Lukis pemerhatian bagi gerak balas pertumbuhan yang berlaku selepas dua hari pada ruangan yang disediakan dalam Rajah 6.2. [1 markah]

(ii) Nyatakan hormon yang terlibat dalam gerak balas tersebut. [1 markah]


(iii) Rajah 6.3 menunjukkan graf kesan kepekatan hormon yang dinyatakan di 6(b)(ii) terhadap pertumbuhan di pucuk dan akar.

Terangkan kesan kepekatan hormon tersebut terhadap pemanjangan pucuk dan akar pada kepekatan Z. [2 markah]

(c) Dalam teknik kultur tisu, hormon sitokinin ditambahkan ke dalam medium kultur. Nyatakan mengapa hormon sitokinin ditambah ke dalam medium kultur tersebut. [1 markah]


Jawapan:
(a)(i) Fotonasti / Gerak balas nasti

(a)(ii)
P1: Kelopak bunga menguncup / tidak mengembang 
P2: (Almari gelap) tidak / kurang cahaya 

(b)(i)


(b)(ii) Auksin 


(b)(iii)
P1: Pemanjangan pucuk adalah lebih tinggi manakala pemanjangan akar adalah rendah

P2: (Di Z,) auksin merangsang pemanjangan sel di pucuk / kadar pemanjangan sel di pucuk adalah tinggi 

P3: (Di Z,) auksin merencat pemanjangan sel di akar / kadar pemanjangan sel di akar adalah rendah 

(c)
P1: Merangsang pembahagian / pemanjangan sel 
P2: Merangsang pembentukan organ tumbuhan seperti akar / batang



Soalan 7:
Rajah 7 menunjukkan struktur respirasi seekor katak. 

(a) Nyatakan nama bagi 
S : ……………………….
T : ……………………………
[2 markah]

(b) Berikan satu penyesuaian struktur respirasi S. [1 markah]

(c) Penghidap talasemia mempunyai saiz sel darah merah yang kecil. Berikut adalah simptom talasemia. 

– Mudah penat 
– Muka pucat 
– Lesu 
Berdasarkan pengetahuan anda tentang pengangkutan gas respirasi, terangkan mengapa simptom itu berlaku. [3 markah]

(d) Ketika jerebu, pelajar yang menghidap asma dinasihatkan tidak menjalani aktiviti kokurikulum di luar bilik darjah supaya tidak mengalami sesak nafas.
Terangkan kebaikan nasihat itu.
[3 markah]

Jawapan:
(a) S: Kulit 
T: Paru-paru 

(b) Nipis // Sangat telap kepada gas respirasi // Lembap // Banyak jaringan kapilari darah // Luas permukaan besar 

Mana-mana satu jawapan Any one answers


(c)
P1: Kurang oksigen diangkut ke tisu badan 

P2: Bilangan hemoglobin rendah // abnormal 

P3: Kurang pembentukan oksihemoglobin 

P4: Kadar respirasi sel berkurang // Kurang tenaga dihasilkan 

Mana-mana tiga jawapan 


(d)
P1: Kurang terdedah kepada habuk/ debu / asap

P2: Dinding bronkiol tidak bengkak / menebal // Kurang mukus dirembeskan

P3: Bukaan tiub bronkiol / laluan udara menjadi normal / tidak mengecil

P4: Aliran udara normal

Mana-mana tiga jawapan 


Soalan 8:
(a) Rajah 8.1 menunjukkan mekanisme pembekuan darah. 


Berdasarkan Rajah 8.1, huraikan peranan platlet dan fibrin dalam mekanisme itu. 


(b) Rajah 8.2 menunjukkan dua jenis darah beku yang menyebabkan terjadinya isu kesihatan berkaitan dengan pembekuan darah.

Berikan satu perbezaan antara dua jenis darah beku tersebut. 


(c) Seorang lelaki yang mempunyai kumpulan darah O terlibat dalam kemalangan dan mengalami kehilangan darah yang banyak. Kembarnya bercadang untuk menderma darah kepada lelaki itu. Doktor mendapati bahawa kumpulan darah kembarnya tidak sesuai.
Terangkan mengapa.


(d) Rajah 8.3 menunjukkan keadaan satu arteri koronari. 


Cadangkan dua amalan gaya hidup sihat bagi mengelakkan keadaan dalam Rajah 8.3 menjadi semakin teruk. 


Jawapan:
(a)
P1: Platlet yang tergumpal / membentuk plak

P2: Platlet yang tergumpal, (sel yang rosak) dan faktor pembeku membentuk bahan pengaktif / trombokinase

P3: Fibrin membentuk jaringan / menjerat eritrosit / menguatkan plak

P4: menutup luka/ menghalang kehilangan darah.

Mana-mana tiga jawapan 


(b)


(c)
P1: Mereka merupakan kembar tidak seiras

P2: Kumpulan darah kembarnya mungkin A / B / AB / O Rh-positif

P3: (Kumpulan darah kembarnya) mengandungi antigen A / B dan B / D

P4: Darah lelaki itu mempunyai antibodi anti-A dan anti-B / antibodi Rhesus / anti-D

P5: Akan menyebabkan penggumpalan berlaku

Mana-mana tiga jawapan 


(d)
P1: Elakkan merokok / pengambilan alkohol 

P2: Kurangkan pengambilan makanan tinggi lemak / kolesterol / gula // Mengambil makanan / suplemen yang sesuai / Minum air secukupnya

P3: Senaman berkala / gaya hidup aktif

P4: Kurangkan stress/ tidur secukupnya

Mana-mana dua jawapan 


Leave a Comment