Praktis Formatif 15.5 – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 15


Soalan 1:
Nyatakan dua perbezaan antara kembar seiras dengan kembar tak seiras.

Jawapan:
• Kandungan genetik dan sifat fizikal kembar seiras adalah sama manakala bagi kembar tak seiras, kandungan genetik dan sifat fizikal berbeza.
• Jantina kembar seiras adalah sama manakala bagi kembar tak seiras, mungkin sama atau berbeza.

Soalan 2:
Nyatakan ciri-ciri kembar Siam.

Jawapan:
Bahagian fizikal kembar Siam masih melekat bersama, biasanya dada, abdomen atau pelvis (punggung). Mereka mungkin juga berkongsi satu atau dua organ dalaman.

Leave a Comment