Praktis Formatif 1.1 – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 1


Soalan 1:
Apakah maksud biologi?

Jawapan:
Biologi ialah kajian terperinci tentang kehidupan dan interaksi benda hidup dengan persekitaran semula jadinya.

Soalan 2:
Senaraikan tiga bidang biologi dan kemajuan dalam bidang berkenaan.

Jawapan:
Genetik (bioinfomatik), mikrobiologi (pelbagai vaksin dan ubatan), bioinformatik (bioplastik).

Soalan 3:
Pilih satu perkembangan dalam bidang biologi dan bincangkan sumbangan bidang tersebut kepada manusia.

Jawapan:
Bioteknologi. Bioplastik boleh diperbuat daripada produk sampingan pertanian atau daripada botol plastik terpakai dengan menggunakan mikroorganisma.

Soalan 4:
Namakan lima kerjaya yang berkaitan dengan bidang biologi.

Jawapan:
Ahli biologi hidupan liar, doktor, pakar kiropraktik, ahli fisiologi senaman, ahli mikrobiologi, ahli biologi marin, ahli botani

Leave a Comment