Soalan 1:
Nyatakan maksud teknologi hijau.
Jawapan:
Teknologi hijau bermaksud pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi serta meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.

Soalan 2:
Apakah peranan individu dalam merealisasikan Dasar Teknologi Hijau Negara?
Jawapan:
Peranan individu dalam merealisasikan Dasar Teknologi Hijau Negara:
• Menggunakan tenaga daripada sumber-sumber yang boleh diperbaharui seperti tenaga solar
• Tidak melakukan aktiviti yang meningkatkan pembebasan gas karbon dioksida, seperti berkongsi kereta dan menggunakan kenderaan awam

Soalan 3:
Kempen larangan penggunaan penyedut minuman plastik merupakan satu inisiatif bagi pembangunan mampan. Sebagai seorang pengusaha restoran, bincangkan kesan pelaksanaan kempen ini.
Jawapan:
Kempen ini dapat memelihara alam sekitar dengan meningkatkan kualiti air serta tanah apabila bahan plastik tidak dibuang ke dalam tanah dan air. Tindakan ini dapat mengelakkan berlakunya pencemaran air serta dapat menyelamatkan hidupan akuatik daripada termakan plastik. Dengan ketiadaan plastik, pembakaran plastik juga tidak berlaku, maka pencemaran udara tidak berlaku.