Aktiviti 12.3 – Biologi Tingkatan 5 (KSSM) Bab 12


Aktiviti 12.3:
Tujuan
Mengkaji tahap kepekaan lidah manusia terhadap larutan PTC (phenylthiocarbarnide)

Hipotesis
Trait perasa PTC boleh dikelaskan dalam kumpulan yang khusus

Bahan
Air minuman, kertas PTC

Prosedur
1. Kumur dengan sedikit air sebelum menjalankan aktiviti ini.

2. Letak sehelai kertas PTC di atas lidah dan biarkan beberapa saat.

3. Rekodkan kepekaan deria rasa yang anda rasai terhadap kertas. PTC tersebut di dalam jadual keputusan.

4. Keluarkan kertas PTC tersebut dari lidah anda.

5. Ulangi langkah 1 hingga 4 dengan murid lain.

6. Bina carta bar bagi keputusan yang diperoleh.

Keputusan


Perbincangan
1. Apakah jenis variasi bagi perasa PTC berdasarkan bentuk graf yang diplotkan?

2. Adakah perasa PTC merupakan trait yang dominan atau resesif? Terangkan jawapan anda.

Kesimpulan
Adakah hipotesis tersebut diterima? Cadangkan satu kesimpulan yang sesuai.


Jawapan:
Perbincangan:
1. Jenis variasi bagi perasa PTC ialah sejenis variasi tak selanjar yang mana terdapat kumpulan murid yang dapat merasa PTC dan ada kumpulan murid yang tidak dapat merasa PTC.

2. Perasa PTC merupakan trait yang dominan. Seseorang yang dapat merasa PTC akan mempunyai genotip TT atau Tt, manakala bagi seseorang yang tidak dapat merasa PTC mempunyai genotip tt.

Kesimpulan:
Hipotesis diterima. Trait perasa PTC dapat dikelaskan dalam kumpulan yang khusus.

Leave a Comment