Praktis Formatif 12.3 – Biologi Tingkatan 5 (KSSM) Bab 12


Soalan 1:
Nyatakan perbezaan antara mutasi gen dengan mutasi kromosom.

Jawapan:
Mutasi gen, melibatkan perubahan dalam urutan bes nukleotida di dalam molekul DNA pada kromosom manakala mutasi kromosom melibatkan perubahan di dalam struktur kromosom atau perubahan dalam bilangan kromosom.

Soalan 2:
Terangkan secara ringkas pernyataan berikut dengan memberikan contoh yang sesuai:

Makanan boleh menjadi punca mutasi

Jawapan:
Pengambilan makanan yang mengandungi mutagen (contohnya, bahan pengawet seperti benzena) dalam jangka masa yang lama dapat menyebabkan mutasi.

Leave a Comment