Praktis Formatif 10.1 – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 10


Soalan 1:
Nyatakan dua perbezaan antara sistem peredaran ikan dengan manusia.

Jawapan:
• Ikan mempunyai sistem peredaran tunggal manakala manusia mempunyai sistem peredaran ganda dua.

• Ikan mempunyai satu atrium dan satu ventrikel sementara manusia mempunyai dua atrium dan dua ventrikel.

Soalan 2:
Terangkan mengapa sistem peredaran darah amfibia dianggap sebagai sistem peredaran darah tertutup dan tidak lengkap.

Jawapan:
Darah beroksigen masih bercampur dengan darah terdeoksigen kerana amfibia mempunyai satu ventrikel yang tidak terbahagi.

Soalan 3:
Cacing pipih merupakan organisma multisel. Namun, cacing pipih tidak memerlukan satu sistem pengangkutan yang khusus untuk mengangkut bahan masuk dan keluar dari sel. Terangkan mengapa.

Jawapan:
Badan cacing pipih yang berbentuk pipih menyediakan nisbah jumlah luas permukaan kepada isi padu yang besar untuk proses resapan bahan keperluan sel berlaku dengan cekap.

Soalan 4:
Terangkan mengapa serangga memerlukan satu sistem berasingan (iaitu sistem trakea) untuk mengangkut oksigen.

Jawapan:
Sistem peredaran darah terbuka dalam serangga tidak dapat mengedarkan oksigen ke sel badan.
Oleh itu, untuk menampung aktiviti aktif, serangga memerlukan satu sistem trakea untuk mengangkut oksigen.

Leave a Comment