Praktis Formatif 10.4 – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 10


Soalan 1:
Pada akhir mekanisme pembekuan darah, fibrin terbentuk untuk menjerat eritosit.
Terangkan maksud fibrin dan fungsinya.

Jawapan:
Fibrin ialah gentian protein berupa bebenang yang berfungsi mencegah kehilangan darah apabila seseorang terluka dan kemasukan mikroorganisma seperti bakteria dan benda asing lain ke dalam darah.

Soalan 2:
Namakan dua penyakit yang berkaitan dengan pembekuan darah.

Jawapan:
Hemofilia dan trombosis

Soalan 3:
Terangkan mekanisme pembekuan darah.

Jawapan:
• Platlet tergumpal, sel rosak dan faktor pembeku membentuk trombokinase.

• Trombokinase (dengan kehadiran Ca2+ dan vitamin K) menukarkan protombin kepada trombin.

• Trombin menukar fibrinogen kepada fibrin.

• Fibrin membentuk satu jaringan pada permukaan luka dan menghalang kehilangan darah.

Soalan 4:
Terangkan mengapa pembentukan darah beku dalam salur darah boleh menyebabkan serangan jantung.

Jawapan:
Sekiranya darah beku berlaku dalam arteri koronari, bahagian otot jantung mungkin mati atau rosak selama-lamanya akibat kekurangan bekalan oksigen ke bahagian itu. Ini menyebabkan serangan jantung.

Leave a Comment