Soalan 1:
Nyatakan kumpulan darah yang merupakan penderma universal.
Jawapan:
Kumpulan darah O

Soalan 2:
Ramalkan apa yang akan berlaku jika kedua-dua kumpulan darah penerima dan penderma tidak sepadan.
Jawapan:
Sel darah merah penerima akan mengalami pengaglutinan.

Soalan 3:
Tiga orang bayi P, Q dan R mempunyai kumpulan darah B, O dan AB masingmasing. Tiga pasangan ibu bapa mempunyai kumpulan darah berikut:
Pasangan ibu bapa pertama: B dan O
Pasangan ibu bapa kedua: A dan B
Pasangan ibu bapa ketiga: AB dan O
Padankan bayi kepada pasangan ibu bapa yang betul.

Soalan 4:
Seorang lelaki Rh-positif berkahwin dengan seorang perempuan Rh-negatif. Anak pertama yang Rh-positif hidup tetapi anak kedua yang juga Rh-positif meninggal dunia.
Terangkan mengapa
Jawapan:
• Dalam bulan terakhir kehamilan, serpihan sel darah fetus anak pertama yang mengandungi antigen Rhesus bercampur dengan darah ibu melalui plasenta yang mula tanggal.
• Keadaan ini merangsang sistem keimunan ibu untuk menghasilkan antibodi terhadap antigen Rhesus.
• Antibodi (anti-Rhesus) yang terbentuk mengalir melalui plasenta ke dalam sistem peredaran darah fetus.
• Lazimnya, jumlah antibodi yang terbentuk tidak mencukupi untuk memberi kesan kepada anak pertama.
• Walau bagaimanapun, antibodi yang memusnahkan sel darah merah kekal dalam darah ibu.
• Apabila ibu tersebut hamil dengan anak kedua dan sekiranya anak itu juga merupakan Rhpositif, sedikit darah fetus yang memasuki darah ibu merangsang lebih banyak anti-Rhesus dirembeskan.
• Antibodi yang meresap ke dalam sistem peredaran darah fetus menyebabkan pemusnahan sel darah merah.
• Sel darah merah fetus mengalami hemolisis.