Praktis Formatif 10.6 – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 10


Soalan 1:
Apakah maksud penginfarkan miokardium?

Jawapan:
Serangan jantung.

Soalan 2:
Jelaskan bagaimana strok berlaku.

Jawapan:
Strok berlaku apabila darah beku menyekat pengaliran darah ke otak.

Soalan 3:
Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada risiko seseorang menghidap penyakit kardiovaskular?

Jawapan:
Diet makanan yang kaya dengan lipid dan rendah dalam serat, kurang bersenam, obesiti dan merokok.

Soalan 4:
Terangkan bagaimana aterosklerosis terjadi.

Jawapan:
• Pembentukan dan pemendapan plak pada dinding dalam arteri.

• Plak terdiri daripada kolesterol, lipid, tisu penghubung bergentian, tisu otot yang mati dan platlet yang tergumpal.

• Plak menyumbatkan lumen salur darah dan menyempitkan lumen.

• Aterosklerosis merupakan peringkat awal arteriosklerosis.

Leave a Comment