Soalan 1:
Bagaimanakah jangkitan parasit boleh berlaku?
Jawapan:
Jangkitan parasit boleh berlaku melalui gigitan nyamuk yang menularkan cacing parasit Brugia sp.

Soalan 2:
Terangkan apa yang akan berlaku sekiranya bendalir tisu gagal dikembalikan kepada sistem peredaran darah.
Jawapan:
Sekiranya bendalir berlebihan tidak dikembalikan ke aliran darah, tisu badan akan menjadi bengkak kerana terlalu banyak bendalir terkumpul di dalam ruang antara sel.

Soalan 3:
Ramalkan apa yang akan berlaku kepada kaki seorang pesakit yang terbaring untuk tempoh masa yang lama? Terangkan jawapan anda.
Jawapan:
Pesakit akan mengalami edema akibat pengumpulan bendalir tisu di dalam ruang antara sel. Ini adalah kerana pengembalian bendalir tisu ke aliran darah memerlukan bantuan pengecutan otot rangka dan otot pada dinding salur limfa.

Soalan 4:
Titisan lipid atau globul lemak tidak boleh meresap ke dalam kapilari darah vilus tetapi perlu meresap melalui lakteal. Terangkan mengapa.
Jawapan:
Globul lipid adalah terlalu besar untuk meresap ke dalam kapilari darah tetapi boleh meresap melalui bukaan kecil antara sel endotelium kapilari limfa. Ini adalah kerana sel endotelium yang membina dinding kapilari limfa tidak bersambungan hujung ke hujung seperti dalam kapilari darah. Sebaliknya, hujung sel kapilari limfa bertindih dan akan terbuka seperti ayunan pintu sehala untuk membenarkan bendalir tisu meresap masuk.