Praktis Formatif 11.3 – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 11


Soalan 1:
Apakah maksud AIDS?

Jawapan:
AIDS ialah sindrom kurang daya tahan penyakit.

Soalan 2:
Terangkan bagaimana jangkitan virus HIV boleh menyebabkan seseorang menghidap penyakit AIDS.

Jawapan:
Virus HIV menyerang dan melumpuhkan sistem keimunan seseorang yang dijangkiti virus ini. Virus HIV menyerang dan memusnahkan sel limfosit yang berfungsi memusnahkan mikroorganisma patogen. Ini boleh menyebabkan individu tersebut menghidap penyakit AIDS atau sindrom kurang daya tahan. Sistem keimunan pesakit menjadi lemah sehingga badannya tidak mempunyai keupayaan untuk menentang penyakit yang pada kebiasaannya tidak menjangkiti orang yang mempunyai sistem keimunan yang sihat.

Soalan 3:
Mengapakah seseorang yang dijangkiti virus HIV tidak semestinya menghidap penyakit AIDS?

Jawapan:
Seseorang yang mula-mula dijangkiti oleh virus HIV merupakan seorang pembawa virus HIV dan beliau mungkin tidak menunjukkan sebarang gejala untuk jangka masa lebih kurang 10 tahun. Individu ini hanya menghidap penyakit AIDS sekiranya sistem keimunannya menjadi lemah dan kurang daya tahan terhadap penyakit yang pada kebiasaannya tidak membahayakan. Contoh penyakit yang boleh membawa maut kepada seseorang penghidap AIDS ialah penyakit pneumonia. Oleh itu, seseorang yang dijangkiti virus HIV tidak semestinya menghidap penyakit AIDS selagi sistem keimunannya masih kuat dan tidak dilumpuhkan oleh virus HIV.

Soalan 4:
Bagaimanakah penyakit AIDS dapat dicegah?

Jawapan:
Penyakit AIDS dapat dicegah dengan menghindari aktiviti-aktiviti berisiko seperti hubungan seks yang tidak dilindungi dengan individu yang berkemungkinan dijangkiti, berkongsi jarum tercemar yang digunakan untuk menyuntik dadah atau dakwat tatu atau menerima pemindahan darah yang tercemar dengan virus HIV.

Leave a Comment