Soalan 1:
Berikan beberapa contoh bahan yang boleh bergerak merentasi dwilapisan fosfolipid.
Jawapan:
Oksigen, karbon dioksida, air.

Soalan 2:
Huraikan bagaimana ion natrium diangkut ke luar sel.
Jawapan:
Tiga ion natrium bergabung dengan protein pembawa. Molekul ATP terurai kepada ADP dan P. Kumpulan fosfat terikat kepada protein pembawa. Ikatan fosfat membekalkan tenaga dan mengubah bentuk protein pembawa, lalu ion natrium diangkut keluar merentasi protein pembawa.

Soalan 3:
Seorang ahli sains menjalankan eksperimen dengan merendamkan akar sejenis tumbuhan dalam larutan yang mengandungi garam mineral pada kepekatan oksigen yang berlainan. Terangkan mengapa kepekatan garam mineral dalam akar bertambah apabila kepekatan oksigen dalam larutan bertambah sebanyak 10%.
Jawapan:
Pengambilan ion garam mineral oleh akar tumbuhan adalah secara pengangkutan aktif dan melibatkan penggunaan tenaga. Lebih tenaga dijanakan apabila sel akar menjalankan lebih banyak respirasi sel dengan menggunakan oksigen. Oleh itu, kepekatan ion garam mineral dalam akar meningkat apabila kepekatan oksigen dalam larutan meningkat sebanyak 10%.