Praktis Formatif 5.1 – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 5


Soalan 1:
Apakah yang akan berlaku sekiranya ribosom dalam suatu sel pankreas tidak berfungsi?

Jawapan:
Enzim tripsin tidak disintesis maka pencernaan protein menjadi perlahan.

Soalan 2:
Mengapakah suhu badan kita mesti dikekalkan pada suhu 37 °C?

Jawapan:
Ini kerana suhu optimum bagi enzim ialah 37 0C.

Soalan 3:
Apakah pH optimum untuk tindakan enzim pepsin?

Jawapan:
pH 1.5–2.5

Soalan 4:
Y ialah enzim yang memangkinkan hidrolisis sukrosa kepada glukosa dan fruktosa. Apakah enzim Y?

Jawapan:
Sukrase

Leave a Comment