Praktis Formatif 6.1 – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 6


Soalan 1:
Berikan definisi bagi istilah berikut:
(a) kariokinesis 
(b) sitokinesis
(c) kromatin
(d) kromosom homolog

Jawapan:
(a) Kariokinesis ialah peringkat pembahagian sel yang melibatkan pembahagian nukleus.

(b) Sitokinesis ialah peringkat pembahagian sitoplasma.

(c) Kromatin ialah bebenang DNA berganda yang berada dalam keadaan berpintal dan melilit protein histon.

(d) Kromosom homolog ialah pasangan kromosom daripada set kromosom yang sama, dengan satu kromosom berasal daripada induk jantan dan satu lagi kromosom berasal daripada induk betina.

Soalan 2:
Ramalkan apa akan berlaku sekiranya sel dalam organ pembiakan manusia tidak dapat menghasilkan sel haploid.

Jawapan:
Zuriat yang dihasilkan akan mempunyai 92 kromosom (46+46), iaitu dua kali ganda set kromosom daripada induknya. Jika ini berlaku, zigot yang terhasil akan merosot dengan sendirinya.

Leave a Comment