Soalan 1:
Nyatakan aplikasi mitosis dalam bidang pertanian.
Jawapan:
Mitosis digunakan dalam teknik pengkulturan tisu tumbuhan untuk menghasilkan anak-anak pokok daripada sel induk.

Soalan 2:
Terangkan proses yang berlaku semasa fasa S.
Jawapan:
Semasa fasa S, kandungan DNA akan berganda iaitu berlakunya proses replikasi DNA.

Soalan 3:
Ramalkan apa yang akan berlaku sekiranya gentian gelendong gagal terbentuk.
Jawapan:
Kromatid kembar tidak akan berpisah. Satu nukleus anak akan mengandungi lebih daripada satu kromosom.

Soalan 4:
Terangkan keperluan mitosis dalam proses hidup.
Jawapan:
• Bagi perkembangan embrio dan pertumbuhan organisma, mitosis memastikan pertambahan sel yang pesat dapat berlaku.
• Apabila kecederaan berlaku pada badan kita, mitosis akan menghasilkan sel-sel baharu menggantikan sel-sel yang mati atau rosak.
• Melalui proses mitosis, cicak mampu menghasilkan ekor yang baharu (penjanaan semula) sekiranya ekor terputus.
• Mitosis membantu organisma seperti hidra menghasilkan individu baharu melalui pembentukan tunas.